Misi hidup mati Selangor
JIKA menang masih bernyawa, namun jiwa tewas selamat tinggallah jawabnya.
Demikian misi hidup dan mati juara Piala Malaysia sebanyak 32 kali, Selangor bagi menghidupkan semula sisa-sisa perjuangan mereka menjelang pertemuan dengan Polis Diraja Malaysia (PDRM) pada aksi Kumpulan D saingan Piala Malaysia 2011 di Stadium Tuanku Abdul Rahman, Paroi malam ini.
Jika gagal memburu tiga mata berharga, skuad Gergasi Merah sudah boleh mengucapkan selamat tinggal kepada saingan kali ini, sekali gus menyaksikan misi memburu Piala Malaysia buat kali ke-33 bakal terkubur begitu sahaja.
Menang 2-0 dalam pertemuan di Shah Alam sebelum ini juga belum tentu menyelamatkan maruah skuad Merah Kuning itu lantaran masih berduka dengan pemergian jurulatih, K. Devan yang meletakkan jawatan secara mengejut Isnin lalu.
Sudah tentu PDRM yang dikendalikan K. Thayananthan, bertekad mahu menjadi pasukan ‘pengacau’ dalam kumpulan lantaran dilihat tidak lagi mempunyai harapan untuk mara lebih jauh apabila sekadar mengutip satu mata setakat ini.
Malah, keajaiban membabitkan satu lagi perlawanan, Kuala Lumpur dan T-Team yang ketika ini selesa dengan lapan dan sembilan mata malam ini juga pasti menerbitkan rasa resah pengendali baharu Selangor, P. Maniam yang ketika ini masih tercari-cari tonik terbaik bagi menjamin slot ke suku akhir.
Sarawak FA 1-0 Felda United
Johor FA 0-2 Perak FA
Sime Darby 1-2 Negeri Sembilan
Johor FC 1-1 Kelantan FA
Kedah FA 1-0 Sabah FA
PDRM FA 1-4 Selangor FA
PKNS FC 0-1 Terengganu FA
PBDKT T-Team 1-1 Kuala Lumpur FA
The post Keputusan Piala Malaysia 24 September 2011 appeared first on Faizal Fredley.