Quantcast
Channel: sarawak – Faizal Fredley
Viewing all articles
Browse latest Browse all 8

PILIHAN RAYA SARAWAK | DAP UMUM CALON MINGGU INI

$
0
0

APPLE IPAD 2 UNTUK DIMENANGI

SIBU 31 Mac – DAP akan mengumumkan senarai 15 calonnya bagi pilihan raya negeri Sarawak ke-10 pada hujung minggu ini.

Pengerusi DAP negeri, Wong Ho Leng berkata Setiausaha Agung parti, Lim Guan Eng akan memulakan pengumuman itu dengan menamakan lima calon bagi zon selatan negeri ini di ibu pejabat parti di Kuching pada Sabtu ini.

“Baki calon bagi wilayah tengah dan utara akan diumumkan di sini pada 3 petang hari berikutnya di venue yang akan ditentukan kemudian,” katanya kepada pemberita di sini hari ini.

Ho Leng yang juga penyandang kerusi DUN Bukit Assek sebelum itu mengetuai tiga bakal calon parti itu mendapatkan borang pencalonan di Pejabat Daerah di sini.

Ketika-tiga mereka ialah David Wong bagi DUN Pelawan dan dua pendatang baru, Alice Lau, seorang ahli farmasi, yang dijangka bertanding di DUN Bawang Assan dan peguam Yap Hoi Liong bagi DUN Dudong.

Ketika ditanya sama ada beliau akan beralih ke kerusi DUN Pelawan, Ho Leng enggan mengulas, sekadar menyatakan bahawa perkara itu akan diketahui apabila barisan calon diumumkan.

“Kami berada di sini untuk mendapatkan lima borang yang sememangnya diketahui boleh digunakan di seluruh negeri ini,” katanya. – Bernama

MENANGI APPLE IPAD 2 SECARA PERCUMA

The post PILIHAN RAYA SARAWAK | DAP UMUM CALON MINGGU INI appeared first on Faizal Fredley.


Viewing all articles
Browse latest Browse all 8